“AKU INGAT BADAK YANG AKU JUMPA,” KATA-KATA DITERIMA DARI LELAKI SELEPAS KALI PERTAMA AJAK BERJUMPA, WANITA INI BUKTIKAN DIA BERJAYA BERUBAH

Kekurangan atau kelebihan adalah kurniaan daripadaNya, hina kekurangan fizikal setiap manusia sama seperti menghina ciptaanNya.
Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nik Yam Chik Zainab, beliau pada dulunya mempunyai bentuk badan yang agak besar, namun pengalaman kali pertama berjumpa dengan seorang lelaki yang dikenalinya di Facebook merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakannya.

Jom baca perkongsian dan tips pemakanan yang diberikan beliau.
Dulu aku pernah kenal seorang lelaki di Facebook, dia ajak aku bercinta, sekali itu kami berjumpa dan dia datang jumpa dengan kawan dia.
Dia dan kawan dia gelak-gelak , aku dah agak dah mesti gelakkan aku sebab gemuk la tu, lepas itu bila dah balik rumah, dia buat-buat silap anta mesej, waktu itu Whatsapp tak wujud lagi.
Dia kata, “Aku ingat badak yang aku jumpa”. Tudia, badak dia panggil aku.
Saya pun cakap la tak payah la nak buat-buat salah hantar mesej, tak tahu macammana dia terus jujur keluar habis perkataan badak air m badak sumbu, gorila kepada aku.
Menangis aku waktu tu, apa lagi, aku “login” Facebook dan trus ”block” dia, habis cerita.
Tapi tak rasa sangat nak kurus waktu itu, setia menunggu jejaka terima waktu kita gemuk, dia akan terima kita ikhlas kita kuruslah untuk dia.
Jaga elok-elok dia, jangan rasa selesa bila orang terima kita, tapi kita makan tak ingat dunia.
Tulus ikhlas,
Berikut adalah perkongsian daripada beliau tips pemakanan untuk kurus yang diamalkannya.
1.RESEPI NUGGET AYAM
Isi Ayam
2 Biji Telur
1 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)
1 Ulas Bawang Putih
1 Biji Bawang Merah
Garam Secukup Rasa
-Kisar semua bahan dan kukus sehingga masak.
-Potong mengikut bentuk yang diinginkan.
-Celup dengan putih telur sebelum goreng. Siap.
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
1 Ikat Kangkung
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
1 Sudu Belacan*
Garam Secukup Rasa
-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan kangkung dan tambah garam. Siap.
2. RESEPI SALAD AYAM
Salad
1 Ketul Dada Ayam (Rebus)
1/2 Sudu Teh Blackpepper
1 Biji Telur (Scramble Egg)
RESEPI TAUGEH GORENG
Taugeh
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa
-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan taugeh dan tambah garam. Siap.
3. RESEPI MURTABAK AYAM
1 Ketul Dada Ayam (Cincang)
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
1 Sudu Serbuk Kari*
2 Biji Telur
-Tumis bahan bertanda * dan masukkan ayam. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
-Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur dan masukkan isi ayam yang telag digoreng tadi.
-Goreng menggunakan kuali non stick pan.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
2 Ketul Ayam
1 Sudu Teh Kunyit*
1 Sudu Teh Serbuk Kari*
Halia dan Lengkuas*
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
Garam Secukup Rasa*
-Blend semua bahan bertanda * dengan sedikit air.
-Perap ayam dengan bahan yang telah diblend tadi. Lagi lama perap lagi sedap.
-Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Siap.
4. RESEPI CUCUR UDANG
1 Ketul Tauhu (hancurkan)
2 Biji Telur
5 Ekor Udang
1/2 Sudu Teh Blackpepper
Daun Kucai
Garam Secukup Rasa
-Campur semua bahan. Siap untuk digoreng.
RESEPI SUP AYAM
Ayam
Rempah 3 Serangkai*
1 Jnci Halia*
1 Biji Bawang Merah*
1 Ulas Bawang Putih*
Garam Secukup Rasa
-Tumis bahan bertanda *
-Masukkan ayam. Tambah air dan garam. Tunggu sehingga masak. Siap.
RESEPI KAILAN GORENG
Kailan
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa
– Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan kailan dan tambah garam. Siap.
5. RESEPI AYAM GORENG KUNYIT
1 Dada Ayam (potong dadu)
1 Sudu Teh Kunyit
Garam Secukup Rasa
2 Biji Lada
1 Ulas Bawang Merah
-Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 5 minit.
-Goreng ayam sehingga garing dan masak.
-Akhir sekali, masukkan lada dan bawang. Siap.
RESEPI BAYAM GORENG
Bayam
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa
-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan bayam dan tambah garam. Siap.
6. RESEPI TOMYAM PUTIH
Ayam
1 Batang Serai
4 Helai Daun Limau Purut
2 Biji Lada
1/2 Biji Bawang Besar
Garam Secukup Rasa
-Rebus semua bahan sehingga ayam masak dan tambahkan garam. Siap.
RESEPI PAK CHOY GORENG
Pak Choy
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa
– Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
– Masukkan pak choy dan tambah garam. Siap.
RESEPI CUCUR AYAM
1 Ketul Dada Ayam*
2 Biji Telur*
2 Biji Lada*
1 Biji Bawang Merah*
1 Ulas Bawang Putih*
1/2 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)*
Daun Bawang
Garam Secukup Rasa

-Blend bahan bertanda *
-Masukkan daun bawang dan tambah garam.
-Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap.
Kalau beliau berjaya untuk kurus dengan diet ini, mengapa bukan kita? tak salah mencuba. – Siakapkeli.my
“AKU INGAT BADAK YANG AKU JUMPA,” KATA-KATA DITERIMA DARI LELAKI SELEPAS KALI PERTAMA AJAK BERJUMPA, WANITA INI BUKTIKAN DIA BERJAYA BERUBAH “AKU INGAT BADAK YANG AKU JUMPA,” KATA-KATA DITERIMA DARI LELAKI SELEPAS KALI PERTAMA AJAK BERJUMPA, WANITA INI BUKTIKAN DIA BERJAYA BERUBAH Reviewed by Dunia Khayalan on July 17, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.