Enam Tahun Kahwin Anak Dah Nak Masuk 4 Orang, Wanita Kongsi 10 Tips Diamalkannya Berjaya Maintain Berat Selepas Bersalin
Adalah kebiasaan bagi kebanyakkan wanita apabila selepas bersalin berat badan akan naik dan bentuk badan berubah, ada di antara mereka begitu risau dengan keadaan ini.
Pelbagai kisah kita dengar, ada cerita rumah tangga apabila bentuk badan isteri mula berubah, ada segelintir suami yang bertindak cari lain, ada juga yang menegeur isteri tanpa dia juga berusaha dan pelbagai lagi kisah yang tidak enak didengar.
Jadi, orang perempuan, macammana nak mantain berat badan selepas bersalin? jom kita baca tips yang dikongsikan oleh Puan Nur Balqis Bt Yunus ini, dia yang baru enam tahun berkahwin sudah mempunyai anak seramai tiga orang dan akan jadi empat tidak lama lagi kerana sedang mengandung lima bulan.
Beliau telah berkongsikan tips yang diamalkannya dalam menjaga badan selepas bersalin dan terbukti badannya maintain kurus dan 'solid' walaupun anak dah nak masuk empat orang dalam masa enam tahun.
Mungkin tips itu tidak sesuai bagi sesetengah wanita lain tapi tak salahkan mencuba, mana tahu berkensan terhadap diri sendiri, jom kita tengok tips yang dikongsikan beliau,
Tips maintain badan lepas bersalin cara saya! 😁
(** Additional Note : I am a mother of 3 + 1 😆
Jarak setahun - setahun setengah sorang ya! 4 orang anak dlm masa 6 tahun bukan kerja mudah. Jaga body figure lagi susah 😅 So lets check this out! )
1. Sentiasa beri anak susu badan.
Tak ada istilah bila menyusu rasa lapar, asyik makan je pastu badan gemuk. So taknak breastfeed sebab takut gemuk. Padahal, lagi kerap breastfeed, badan cepat turun berat, rahim cepat kecut, anak pun sihat! InshaAllah.. Mak & anak akan sihat dan cantik! Jimat pun jimat kan
2. Pastikan badan sentiasa panas.
Makan makanan yg memanaskan badan.Halia & lada hitam penting. Kalau perlu makan la jamu yg boleh panaskan badan. Tapi make sure anak dah lepas level jaundis tu. Saya makan jamu seminggu lepas bersalin. Dari anak 1st sampai la yg no 3 mmg dlm pantang tu hari-hari makan jamu kampung yg nenek bidan tu buat sndri. Mmg original bahan2 kampung akar kayu segala..Badan panas mmg cepat lah berpeluh & sihat.
3. Pastikan pakai bengkung kalau boleh 100 hari.
Kalau lebih lagi bagus sebenrnya. Tapi saya ni pakai Premium Beautiful je sbb mudah nak pasang sendiri. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut , & tungku je bukak.. Pakai tu biar kemas & selesa.. Makin hari badan makin ikut shape so ketatkan lagi biar ikut sampai kita puas hati blk shape kita.Sebelum pakai tu letak la minyak panas yg rasa selesa utk perut. Lagi cepat kecik perut tu.
4. Pastikan TUNGKU jangan tinggal.
Saya ni malas sikit bab tungku. Kecuali mak bidan buatkan. So saya tadah je badan saya dia yg uli.Tp bayar lebih sikit lah klu nak suroh org buatkan, sebab tu kena rajin lah klu nak jimat. Kena tungku hari2 sampai habis 44 hari pantang dan sbb tu jgk saya beli CERAGEM. 10 hari mak bidan uli, balance mmg baring atas CERAGEM je.. 2 kali sehari saya mesti buat. Peluh merecik mcm bersauna you alls
5. Jaga makan!
Benda yg masuk perut paling penting. Saya ni takde la follow sgt pantang mcm nenek saya. Tapi saya makan dlm jumlah kecil, tapi kerap. Lapar, makan. Dahaga, minum. Air ais elakkan! lagi lama u elak ais lagi bagus. nak teguk sikit hilang gian takpe la kot tp jgn lahh yaa.. jgn tiru bab ni.. lagi baik minum air suam je!
Sup ikan, sup ayam, sup sayur tu mmg kerap la masuk perut hari2. Sup2 tu plk penuh dgn halia & lada hitam kentut je kejenya. Hehe.. Badan panas, keluar peluh! Cepat la slim..
6. Vitamin C & habbatussauda.
Saya mmg amalkan dua supplement penting ni. Lagi2 bila pantang. setiap malam telan dulu baru tido. Ikut korang apa yg korang makan. Tapi 2 ni yg saya amalkan.
7. Bilik jgn pasang aircond selama 100 hari!
Kalau boleh jgn lah pasang aircond sampai 100 hari. Masuk kereta tlg la duduk belakang & pakai sweater! Full body kena cover tauu!
8. Pakai stokin. Kaki pastikan jangan sejuk.
Ni mmg dari zaman opah pun opah akan bebel. Ada sebab kena make sure kaki tu tak sejuk. Kaki la punca klu tak jaga.
9. Pantang dengan suami.
Haaa yg ni i memang pegang kata-kata opah. Sorry lah husband. 100 hari memang wajib.
10. Berurut & Bertangas adalah WAJIB
Ni bagi saya wajib untuk bagi badan kita lebih fresh & lebih ringan! Darah berjalan lancar. Tak tersumbat dgn angin & toksin. Buang toksin melalui peluh.
Yelah, dah awak tu tengah pantang, nak expect apa? Pegi jogging ke kasi peluh keluar? No no no! Mudah je, ambik air , rebus dgn halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut.. Rebus sampai menggelegak, pastu dah settle, klu ada mak bidan, dia buatkan, klu tak suruh suami awak buatkan ya.
Letak bawah lantai, ambik bedsheet yg besar, letak kerusi, ko duk atas kerusi yg bwh tu air rebusan tu.. ha tangas setengah jam.. seminggu pertama buat 3kali seminggu tu. lepastu seminggu sekali dah ok.
Pastu perghhhh memang ringan badan. Tapi jangan lupa minum air masak banyk bagi menggantikan air yg hilang masa bertangas tadi. Badan ringan + wangi tau! Yg "bawah" tu pun rasa fresh! Tiap2 hari make sure basuh yg "bawah" tu guna air rebusan sireh. Cepat luka hilang & ketat 😘 Kata nak macam anak dara balik.. Tak yah beli product. Alami je! Cepat & berkesan! Tiada was-was.. ewahh..
- Siakapkeli.my
Enam Tahun Kahwin Anak Dah Nak Masuk 4 Orang, Wanita Kongsi 10 Tips Diamalkannya Berjaya Maintain Berat Selepas Bersalin
Reviewed by Dunia Khayalan
on
July 21, 2017
Rating:
The first casino is to be won with a virtual
ReplyDeleteIt means that if you're looking to create a virtual 토토 꽁머니 casino w88 com login and have a great time win bet win playing with virtual The casino offers some fantastic 바카라사이트 bonuses 포커 스트레이트 to its members, so